21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Bella Astillah Tak Sanggup Lihat Anak Berpisah Dengan Aliff Aziz

Ibu mana yang mahu melihat anaknya sedih apatah lagi berpisah dengan bapa kandungnya. Itulah yang diluahkan oleh pelakon dan penyanyi, Bella Astillah setiap kali melihat anak tunggalnya, Ayden Adrean berpisah dengan bekas suami, Aliff Aziz.

Tak Sanggup Lihat Anak Bersedih 

Dedah Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah situasi tersebut sering terjadi setiap kali mereka berpisah selepas meluangkan masa bersama di Singapura. Menurut Bella, lebih menyedihkan Ayden akan meronta-ronta menangis di lapangan terbang kerana enggan berpisah bersama bapanya sehingga kadang-kala berlanjutan  di dalam kapal terbang.

“Orang tak tahu situasi saya, lebih-lebih lagi bila melihat Ayden menangis dengan menjerit dan meronta setiap kali berpisah dengan bapanya.

“Di lapangan terbang, Ayden akan menarik tangan Aliff dan mahu bapanya ikut kami bersama pulang ke Malaysia.

“Bukan setakat itu sahaja, dia tidak akan berhenti menangis sehingga di dalam kapal terbang,itu yang membuatkan saya sedih” katanya kepada Murai.my

Tambah Bella dia merakamkan setiap kali kejadian tersebut menerusi telefon bimbitnya dan berkongsi bersama Aliff.

Biarpun sudah berpisah, bagi Bella dia enggan menggunakan alasan tersebut untuk memisahkan hubungan anaknya bersama Aliff dan akui sebak melihatkan keadaan tersebut apatah lagi Ayden masih kecil dan tidak memahami apa yang terjadi.

“Sebagai ibu saya sebak melihat keadaan itu kerana mereka sudah rapat dan hampir setiap hari Aliff akan hubungi Ayden menerusi video call.

“Takkanlah  saya mahu menghasutnya untuk membenci bapanya sendiri pula,”

Sedia Terima Aliff Semula 

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai soal untuk menerima semula bekas suaminya itu, jelas Bella dia bersedia dan terbuka untuk merujuk semula. Bagaimanapun, buat masa ini dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai soal hubungan mereka atas permintaan mereka dan meminta peminat mendoakan yang terbaik.

“Hubungan kami baik dan tiada masalah. Cuma mengenai status hubungan kami, saya simpan dahulu dulu atas permintaan keluarga.

“Tapi, apabila sudah tiba masanya, kami akan kongsikan,doakan yang baik-baik. ”

Bella ditemui ketika di pelancaran produk Yanzi Cosmetic  di POKOK KL Café.Sebagai info, Bella merupakan ‘Co-Founder’ kepada jenama produk kosmetik yang sudah bertapak hampir 3 tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.