Di laman Twitter, nama pelakon dan penyanyi Bella Astillah hangat diperkatakan selepas dia dilihat menggayakan pakaian seragam pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Sambutan Hari Lahir
Difahamkan, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah, 26 menggayakan pakaian tersebut bagi mengikut tema sambutan hari lahir salah seorang ahli keluarga nya. Bagaimanapun, pakaian tersebut mengundang kecaman daripada netizen apabila ada diantara mereka beranggapan bahawa isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu tidak sensitif akan etika pemakaian pakaian seragam milik MAS.
Menyalahi Etika
Menurut netizen tersebut, dia berasa kecewa dengan tindakan Bella kerana pakaian tersebut bukanlah sesuatu yang boleh digunapakai ketika di majlis hari lahir. Malah, mereka yang bekerja di dalam sektor penerbangan juga sama sekali tidak akan memakai pakaian tersebut di mana-mana tempat terbuka kerana ianya menyalahi etika.
Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen lain turut bersetuju bahawa pakaian tersebut tidak boleh disewa di mana-mana tempat dan turut merujuk isu tersebut kepada kakitangan MAS untuk tindakan lanjut.