30.2 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Beliau Mengaku Sebagai Isteri Pertama Saya”- Alha Alfa Kongsi Detik Cemas Didatangi Wanita Misteri

Ushawan kosmetik terkenal, Dato Alha Alfa berkongsi detik cemas apabila didatangi seorang wanita mengaku sebagai isteri pertamanya malah turut menunggu selama berjam-jam di hadapan outlet untuk pulang bersama usahawan kosmetik itu.

“Yang Kurang Sedapnya Beliau Mengaku Sebagai Isteri Pertama”

via Instagram Alha Alfa

Menerusi hantaran di Instagram, Alha memberitahu bahawa wanita yang tidak dikenali itu mengetahui pelbagai perkara seolah-olah sangat mengenali dirinya, walhal Alha sendiri tidak pernah mengenali wanita misteri itu.

“Yang kurang sedapnya beliau mengaku sebagai isteri pertama saya. Semua detail nama penuh saya, dan beberapa perkara lain beliau seolah amat mengenali saya terlalu rapat . Sedangkan saya tidak langsung mengenali beliau.”-Kongsi Alha

via Instagram Alha Alfa

Titip Harapan Agar Pelanggan Tidak “Termakan” Dengan Setiap Cerita Wanita Misteri

Tambahnya lagi, Alha turut memohon maaf kepada pelanggannya yang hadir untuk membeli belah dan berada di tempat kejadian. Malah, Alha menitipkan harapan agar pelangannya tidak akan termakan dengan apa yang diceritakan oleh wanita misteri itu yang boleh membuatkan orang ramai salah anggap disebabkan perwatakan wanita misteri yang normal.

“Kepada customer yang datang shopping kelmarin dan berada di tempat kejadian, harap tidak ‘termakan’ cerita-cerita yang dibawa kakak ni.

Katanya saya dukung beliau, peluk beliau ke bilik. Dan lain-lain lagi boleh membuatkan orang salah anggap sebab beliau amat berpewataka NORMAL.

Selama berjam-jam beliau duduk di outlet saya seolah-olah taknak keluar jika saya tak datang. Beliau tinggalkan barang-barang dan beg-beg beliau dan suruh saya hantar ke rumah ‘kami’ kononnya kami duduk serumah.”-Alha Alfa

Tiada Niat Buka Aib

Dato Alha Alfa memberitahu bahawa dia tiada niat untuk membuka aib sesiapa disebabkan hantarannya itu malah turut berpesan pada diri untuk mengambil berat jika terdapat ahli keluarganya yang sedang menghadapi masalah.

“Ape pun, kepada keluarga beliau, posting ini bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi saya juga berpesan kepada diri saya, jika ahli keluarga menghadapi masalah, perlu kita mengambil berat.

Kalau salah langkah kakak ni, saya risau macam-macam kejadian boleh berlaku kalau terjumpa orang yang salah.”-Alha Alfa

Di akhir hantaran nya, usahawan kosmetik ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak polis dari Balai Polis Abu Bakar Baginda yang membantunya dalam menghadapi hal yang mencemaskan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.