Pelakon dan pelawak, Azad Jazmin tampil mempersoalkan pihak kerajaan mengenai kualiti peranti pengesanan digital bagi individu yang pulang menunaikan umrah.
“Belilah Hat Kualiti Sikit YB”-Azad Jasmin
Menerusi Insta Stories, Azad mengakui idea pemakaian peranti tersebut merupakan idea yang bagus. Namun, Azad mendedahkan peranti yang disediakan oleh pihak kerajaan itu tidak berkualiti dan mudah tertanggal.
“@khairykj YB beli peranti ni kat Shopee ka YB. Tak sampai 24 jam dah automatic tercabut. Belilah hat kualiti sikit YB nah. Take care YB.”- ujar Azad
Tambahnya lagi, dia turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama seorang doktor perubatan yang ingin datang ke rumahnya untuk menukar gelang tersebut. Dalam perbualan itu, kelihatan Azad memberi beberapa teguran berkaitan.
“Buat malu Malaysia saja gelang tak sampai 12 jam dah lingkup.”- katanya lagi
Titip Pesanan Buat KJ
Dalam perbualan yang sama, suami kepada pelakon Eira Syazira ini turut memerli Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk tidak menamakan peranti itu sebagai barangan buatan dari Malaysia.
“Saya mintak Doktor pesan kat KJ, tolong jangan letak peranti ni buatan Malaysia, sebenarnya nama yang sesuai untuk peranti ialah ‘Buat Malu Malaysia’.” katanya lagi
Memetik laporan Berita Harian, KJ telah mengumumkan semua individu yang menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari selepas pulang menunaikan umrah, diwajibkan untuk memakai peranti pengesanan digital.
Pelaksanaan pemakaian peranti itu dibuat berikutan terdapat 30 daripada 49 kes baharu COVID-19 membabitkan varian Omicron di Malaysia adalah kes import dari Arab Saudi, yang dikesan pada 23 dan 23 Disember lalu.