Semalam, pelakon Nonny Nadirah menggemparkan industri hiburan apabila memaklumkan majlis perkahwinannya bersama Niezam Zaidi yang dirancang dalam masa terdekat telah pun dibatalkan.
Masih Berkawan Baik
Menerusi hantarannya di laman Instagram Nonny atau nama sebenarnya menyifatkan ‘pengakhiran’ tersebut bukanlah penamat segala-galanya kerana kedua-dua mereka telah berbincang mengenai keputusan tersebut dan kini masih berkawan baik.
“Kita kena hormat keputusan kedua-dua belah pihak. Berpisah tak semestinya kita gaduh dan saling membenci, kami masih berkawan baik”
“Mungkin jodoh kami lebih kepada berkawan daripada menjadi pasangan
“Dia baik, saya sayang dia kerana Allah dan saya nak tengok dia bahagia dunia dan akhirat. Teruskan menyokong kami dan doa yang baik-baik ya,” tulisnya
Rakan-Rakan Selebriti Beri Semangat
Menerusi ruangan komen, ramai peminat dan rakan-rakan selebriti turut menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
https://www.instagram.com/p/CGzB_wUBMsH/
Bagaimanapun, sehingga kini, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu tidak mendedahkan punca sebenar mereka berpisah.