Semalam, rantaian drama terkenal, Nur meneruskan kesinambungan menerusi sekual keduanya yang ditayangkan buat kali pertama di TV3 menerusi slot Samarinda.
Rata-rata peminat sudah tidak sabar untuk menonton drama yang pernah mencetuskan fenomena nya pada tahun lalu. Masih mengekalkan pelakon-pelakon yang sama, Nur 2 dibarisi oleh Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani. Dikhabarkan dalam Nur 2 kali ini, kesetiaan Ustaz Adam pada Nur bakal diuji dengan kehadiran seorang pelacur yang dikenali sebagai Juwita, lakonan Azar Azmi.
Trending Di Media Sosial
Sewaktu ditayangkan malam tadi, Nur 2 mengulangi sejarahnya apabila kembali menjadi sebutan ramai dan turut ‘trending’ sehingga ke hari ini di laman sosial. Malah rata-rata yang menonton episod pertama drama itu memuji keberkesanan drama itu sehingga membuatkan segelintir daripada mereka mengalirkan air mata.
Netizen Komen Terdapat Kesalahan Bacaan Ayat Al-Quran
Dalam perkembangan lain, terdapat komen dari netizen yang mendakwa episod pertama Nur 2 terdapat sedikit kesalahan pada bacaan ayat Al-Quran. Menurutnya, kesalahan tersebut jelas kelihatan dan ketara kerana bacaan tersebut seharusnya dititikberat memandangkan mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran.
Sedar akan kesilapan tersebut, sebagai pengarah Shahrulezad Mohameddin memohon maaf atas kecuaian yang terjadi dan sudah meminta pihak produksi untuk merakam semula baca ayat Alquran itu dengan betul dan digantikan semula untuk tayangan di tonton.com dan iflix.