Pelakon, penyanyi dan usahawan jelita, Nur Fazura memuatnaik video pendek yang memaparkan kasut tumit berwarna nude yang dipakai mempunyai masalah di bahagian tapak kasut.
Menerusi entri di Instagram nya, Fazura hanya menulis kapsyen ringkas sebagai tanda memberitahu tapak kasutnya sudah terbuka.
“Teruskan kak Faz.. (emoji muka terbalik) #terbelahsudahsepatuku” tulisnya
Peminat Teka Fazura Pakai Kasut Christian Louboutin
Melihat video tersebut, ramai peminat Fazura meluahkan rasa terpegun melihat jenama kasut yang dipakai selebriti jelita tersebut.
“Banyak berjasa sepatu ni.. Ke sana ke sini…”
“Lawanya heels”
“Louboutin”
“Cantik pump.. nampak Christian Louboutin. Suka”
“Ini mahal. Ini tapak merah. Ini kasut berdarah” komen peminat
Menerusi carian Murai my di Instagram Fazura, ini antara foto usahawan dan selebriti ini di lihat memakai kasut yang sama setelah berhijrah.
Walaupun mahal tapi tahan lama, bak kata pepatah “alah membeli, menang memakai” betul tak.