Dalam sidang media yang diadakan semalam di Ibu Pejabat DHerbs Damansara, usahawan kosmetik terkenal,Dato Seri Aliff Syukri menuntut seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sebar Dakwaan Fitnah
Jelas Aliff ketika ditemui Murai.my, tuntutan tersebut dibuat bagi menjernihkan kembali dakwaan fitnah yang dibuat oleh Ustaz Abu Syafiq menerusi media sosial nya.
Terdahulu, pendakwah berkenaan telah membuat kenyataan dan tuduhan dengan mengajak pengikutnya memboikot produk keluaran Aliff. Malah dia turut menuduh ada diantara produk usahawan itu tidak mendapat kelulusan tertentu termasuklah sijil pengesahan halal.
Kesan daripada dakwaan tersebut, menurut Aliff perniagaan miliknya terjejas teruk dan tidak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Beri Tempoh 24 Jam
Justeru itu, Aliff berharap agar Ustaz Abu Syafiq menarik semula kenyataannya serta membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam bermula dari sidang media yang diadakan itu.Difahamkan, pendakwah itu telah pun memohon maaf namun belum memadam sebarang posting berkaitan sebelum ini.
Dalam perkembangan lain menerusi sidang media yang sama, Aliff telah memohon maaf kepada Ali Puteh dan balu arwah Abam ekoran dakwaan yang mengatakan bahawa dia adalah punca mengalah perselisihan faham dalam keluarga selebriti itu terjadi.