Boleh dikatakan saban tahun ada sahaja rekaan unik Baju Melayu akan ditampilkan namun begitu tidak semua orang akan menyukainya malah beranggapan ianya sebagai ‘pelik’. Tidak terkecuali baju rekaan selebriti popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi yang menjadi bahan kecaman netizen di laman sosial.
Cetusan Inspirasi
Semuanya gara-gara baju melayu tersebut digayakan Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil bersama sampin yang mempunyai warna sama sedondon. Menjelaskan hal tersebut, menurut Pak Nil baju melayu tersebut yang turut bekerjasama dengan Razman Razmi menerusi kolaborasi yang dikenali sebagai Raznil sebenarnya merupakan cetusan inspirasi idolanya, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.
Tambahnya lagi, pembeli mempunyai pilihan untuk menggayakan baju melayhu tersebut dengan sampin berwarna sama atau sebaliknya kerana setiap pembelian akan turut mendapat sampin songket.
“Yang tak nak pakai samping tu masih boleh gunakan samping songket biasa. Paknil hadiahkan jugaklah samping songket supaya pemilik baju melayu ini ada pilihan. Settlekan? Orang baling batu, Paknil baling bunga 🌹 So, no problem”
Sambutan Menggalakkan
Meskipun sedih dengan kecaman yang diterima, Pak Nil turut berkongsi khabar gembira dimana tempahan yang diterima semakin menggalakkan biarpun belum rasmi lagi dipasaran. Apa pendapat anda? Kongsikan dengan kami!