24 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Bagi Bayangan Masalah Rumahtangga? Puteri Sarah Kongsi Petikan Curang

Sejak awal minggu lalu, isu rumahtangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof terus menjadi teka-teki selepas tercetusnya spekulasi bahawa rumahtangga mereka sedang bergolak.

Pelbagai Spekulasi

Terdahulu, media tempatan melaporkan Sarah telah ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak bersama ibu mertuanya dipercayai ke bahagian undang-undang keluarga namun tidak dapat dipastikan tujuan sebenarnya. Dalam pada itu, bapa mertua Sarah yang juga pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam juga akui tidak tahu perkara sebenar yang terjadi kerana pasangan itu sudah berpindah ke kediaman sendiri sekitar dua tahun lalu.

Kongsi Petikan Curang 

Terbaru, seperti menguatkan lagi spekulasi dan situasi rumahtangga mereka, semalam Sarah telah berkongsi beberapa petikan mengenai curang di laman Insta-story nya. Malah dia turut berharap agar pada tahun hadapan akan lebih baik dan bahagia buat dirinya dan anak-anak selain turut berkongsi lokasi terkini yang berada di Ipoh,Perak.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.