Penyanyi Baby Shima menjadi bualan di media sosial selepas dia didakwa telah cuba mempersenda seorang Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi sebuah video yang dimuatnaiknya.
Tiru Gaya OKU
Dalam video itu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli,29 telah cuba meniru gaya OKU tersebut yang ditayangkan di sebuah siaran televisyen. Difahamkan, video tersebut telah dimuatnaik pelantun Pura-Pura Bujang ini menerusi sebuah aplikasi media sosial terkenal.
Baby Shima Tidak Sensitif
Susulan itu, rata-rata netizen mengecam tindakan Shima yang dilihat tidak sensitif. Malah mereka turut mendakwa tujuan penyanyi ini berbuat demikian kerana ingin mendapatkan publisiti semata-mata.
Sekadar info, Shima kini aktif membuat pelbagai kandungan di media sosial malah turut mengadakan konsert pertama nya secara virtual baru-baru ini.