Minggu lalu, pasangan pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira telah berkongsi sebuah gambar di Instagram milik mereka dimana gambar tersebut mencetuskan perdebatan hangat dikalangan peminat.
Gambar Patung Bogel Jadi Isu
Dalam posting tersebut kelihatan Azad sedang bergambar bersama sebuah patung bogel yang mana segelintir pengikut mereka mengecam tindakan Azad yang dianggap lucah. Hanya niat sekadar gurauan pada mulanya, menurut Eira bagaimanapun dia terpaksa memadam gambar tersebut kerana menimbulakn perbalahan di kalangan peminat mereka.
Buat Laporan Polis
Biarpun begitu, pasangan ini terus dikecam sehingga memaksa mereka membuat satu laporan polis dipercayai susulan daripada posting tersebut. Perkara itu didedah mereka menerusi perkongsian di Instagram yang memperlihatkan mereka berada di balai polis.
https://www.instagram.com/p/Bvi7NYJAg4p/
“Be smart. Insha Allah negara kita ada undang-undang. Terima kasih,” tulisnya.
Bagaimanapun ruangan komen posting berkenaan telah ditutup. Terdahulu, pasangan selebriti ini telah merakamkan gambar-gambar tersebut ketika berkunjung ke Pelabuhan Ratu, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.