22.2 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Ayda Jebat Bakal Umumkan Tarikh Pernikahan Malam Ini!

Selebriti verstail, Ayda Jebat dikhabarkan bakal mengumumkan tarikh majlis pernikahannya bersama teman lelakinya yang juga pengacara, Nabil Mahir malam ini.

Pengumuman Menerusi Laman YouTube 

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Ayda menerusi hantaran di laman Instagram nya. Difahamkan pengumuman tersebut akan dibuat menerusi episod pertama #BilaAydaJatuhCinta di Youtube Wuvvshow jam 9 malam ini. Dalam pada itu, Ayda turut mengajak pengikutnya untuk meneka tarikh pernikahan mereka yang dijangka tidak lama lagi.

“Insyaallah esok kita announce our special day bila. 1st Episode #BilAydaJatuhCinta on Youtube Wuvvshow. Tomorrow (Hari Ini), 9pm. 🤍 Korang teka bila? 🤗 #AydaJebat #NabilMahir #BilAydaJatuhCinta #AJNM #WuvvShow” tulisnya

Mula Berteka-Teki

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mula membanjiri dengan pelbagai ucapan serta turut meneka tarikh pernikahan selebriti kesayangan mereka itu. Tidak terkecuali,rakan-rakan artis juga mengambil kesempatan itu dengan menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan ini.

Sebelum ini, Ayda dan Nabil mencuri perhatian apabila mengikat tali pertunangan secara atas talian pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan mana-mana individu merentas daerah dan negeri tanpa keizinan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.