Sebentar tadi, kami telah memuat naik satu artikel berkenaan perkahwinan selebriti Awi Rafael dan Atikah Suhaime yang dikatakan telah dibatalkan. Sebagai info, majlis mereka dijadualkan berlangsung pada Ahad ini namun menurut perkongsian Atikah di laman Instagram nya, majlis tersebut telah dibatalkan sebelum posting tersebut dipadam dan disusuli dengan satu posting yang memberitahu bahawa akaun Instagram nya telah digodam.
Awi Sahkan Tidak Jadi Berkahwin
Terbaru, Awi menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram nya mengesahkan bahawa perkahwinannya yang dijadualkan pada Ahad ini bersama Atikah telah dibatalkan. Enggan menyalahkan mahupun membuka aib mana-mana pihak, menurut Awi dia punyai alasan tersendiri untuk ‘menarik diri’ daripada meneruskan perkahwinan tersebut.
“Awi harap semua teman akan faham. Awi sudah cuba buat yang terbaik untuk dia & Awi sekeluarga sudah pun bersiap sedia untuk Ahad ini. Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu & membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerana itu Awi tawakkal & terus tunang sejak tahun lalu.
“Namun, Awi juga mempunyai Ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham. Dahlah, Awi pun tak ingin bukak aib sesiapa”
Mohon Maaf
Dalam kenyataannya itu juga, Awi turut memohon maaf kepada semua kenalan dan pihak media yang banyak memberi sokongan kepada mereka berdua. Akur dengan ketentuan-Nya, Awi turut memberitahu akan menghubungi pihak penaja selain berhasrat untuk sumbangkan segala pesiapan yang dilakukan seperti kek dan makanan kepada anak – anak yatim.
“Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat-saat akhir ini. Thank You to all my friends tahat have been so supportive & loving, don’t worry I will repay those that have booked flights.
“Thank You for calling me. To co-sponsors for e wedding. Cake & food etc, don’t worry I will call you too. We can give it to the children’s orphanage.
“Kepada rakan-rakan media, thank you kerana selalu memberi support kepada Awi dan kesianlah dia. Tetap berikan sokongan kepada dia seperti yang kami semua dapat lihat sejak kami bertunang.
“Namun untuk Awi,Awi & keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam. Bismillah,”
https://www.instagram.com/p/Bu-PgfhgW-S/
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu malah Awi sebelum ini turut meluahkan hasrat untuk merakamkan detik perkahwinannya pada Ahad ini untuk dimuat naik dalam lagu terbaharunya yang juga buah tangan buat bakal isterinya itu.