Artikel Murai.my sebelum ini melaporkan pelakon dan pengacara Awal Ashaari, dilaporkan kononnya telah memfitnah sebuah syarikat perabot, Naz Carpentry mendakwa dia bagaikan ditipu selepas membayar sejumlah wang kepada mereka bagi tujuan menghias rumahnya namun kerja yang sepatutnya dilakukan masih lagi belum siap serta syarikat itu turut tidak memberi kerjasama untuk berbincang.
Mahu Bersemuka
Susulan daripada itu, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,39 menerusi laman Instagram nya memuat naik sebuah hantaran yang mana memberi amaran terakhir kepada syarikat itu untuk menghubunginya bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Tegas suami kepada pelakon Scha Al-Yahya ini lagi, dia sama sekali tidak akan teragak-agak untuk siarkan wajah mereka berdua yang dipercayai merujuk kepada pemilik syarikat Naz Carpentry sekiranya masih tidak mendapat kerjasama.
“Ini adalah amaran terakhir aku untuk membuat kau menghubungi aku, atau bercakap dengan peguam aku mengenai perkara ini.
“Aku takkan teragak-agak untuk siarkan wajah korang berdua kat IG ni sekiranya masih tak dapat kerjasama dari korang.
“Kau tak jawab pertanyaan media 3 minggu lepas sebab kononnya takda persediaan secara profesional dan takut buat kenyataan salah.
“Habis tu, kau tak jawab pertanyaan aku, YOUR PAID CLIENT selama berbulan bulan ni? Kau nak bersedia secara profesional juga ke?” tulis Awal.
Kesal Difitnah
Menurut Awal, dia berasa kesal difitnah sedemikian kerana dia telah pun membayar syarikat itu dengan harga penuh dan bukanlah ditaja kerana niatnya sebelum ini untuk membantu perniagaan orang Melayu.
“Come on. Buat bisnes biar beradap. Beretika. Aku bukan minta kau sponsor. Aku setuju bayar harga penuh, apa yang kau cas aku, satu sen pun aku tak mintak diskaun sebab aku nak tolong bisnes orang melayu.
“Tu pun aku baik hati lagi tak mintak semua, aku kasi syarikat kau absorb 20% untuk cover losses kau. Tak bersyukur juga lagi?
“Alih alih, orang melayu jugak yang buat naya kat orang melayu. So stop turn the table around dan kengkonon aku yang naya dan fitnah kau.
“Kalau kau tak batalkan mesyuarat kat pejabat peguam haritu, kalau kau jawab panggilan aku atau peguam aku. Benda ni takkan jadi.
“Jadi hentikan drama ini kerana saya mempunyai semua bukti untuk menjatuhkan anda,” tulisnya lagi
Terdahulu,firma perhubungan awam Saiful Ridzuan Public Relations and Communications (Saiful Ridzuan) menyatakan Naz Carpentry tidak menjawab pertanyaan media tiga minggu lepas kerana klien mereka itu sebelum ini tidak mempunyai persediaan secara profesional dan tidak mahu membuat kenyataan yang salah.