Baru-baru ini penyanyi Syada Amzah telah memuatnaik satu hantaran di laman Twitter yang menimbulkan persoalan orang ramai.
Ibu Digelar Perempuan Murahan
Menurut Syada, dia tidak akan memaafkan lelaki yang telah menghina keluarga, ibu dan kakaknya yang juga penyanyi terkenal, Shila Amzah dengan menggelarkan perkataan yang kesat.
“Awak panggil ibu saya perempuan murahan, kakak saya jalang dan keluarga saya barua. Saya tidak akan pernah maafkan anda untuk itu. “-tegas Syada
“Tolonglah, Jauhkan Diri”
Tambah Syada, individu tersebut tidak menyukai ibubapanya kerana mereka telah bertindak untuk ‘menyelamatkan’ kakaknya daripada penderaan fizikal dan mental.
“Anda tidak suka ibubapa saya kerana mereka selamatkan dia dari penderaan fizikal dan mental anda.
Berhenti mengatakan anda ok dengannya, sudah tentu anda ok kerana anda yang memukulnya.
Dan menjerit kepada saya di khalayak ramai. Tolonglah, jauhkan diri.”- katanya
Ciapan yang telah dimuatnaik oleh Syada itu sekaligus mencetuskan persoalan kepada netizen mengenai siapakah individu yang dimaksudkan. Walaubagaimanapun, Syada tidak mendedahkan individu tersebut dan hanya sekadar membalasnya dengan GIF ketika diajukan pertanyaan daripada netizen.