30.4 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Awak Nak Cabar Siapa? – Youtuber ‘Hijabi’ Sekali Lagi Dikritik Selepas Gayakan Pakaian Nipis

Nama seorang pelajar Malaysia dan Youtuber yang tinggal di Korea, Sabrina Azhar sebelum ini pernah menjadi bualan ramai, selepas berkongsi pandangannya sebagai gadis berhijab yang suka menari ketika ditemubual platform antarabangsa BBC World Service.

Gayakan Pakaian Nipis & Jarang

Kini, dia sekali lagi mencetuskan rasa kurang senang netizen selepas memuatnaik video yang memaparkan dirinya yang mengenakan hoodie kelabu, sebelum mengubah dirinya yang dilihat memakai jaket bersama t-shirt nipis yang menampakkan sport bra.

https://www.tiktok.com/@jpbrinx/video/7146537051742080257?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7102216688770713090

“Awak Nak Cabar Siapa…”

Video yang dimuatnaik oleh Sabrina telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai terutamanya yang beragama Islam, malah ada yang menyifatkan Youtuber itu mengalami kejutan budaya kerana menyambung pelajaran dan tinggal di luar negara.

“Awak nak cabar siapa Sabrina?.”

“Jarangnya baju.”

“Alhamdulillah sikit-sikit dah nampak Korea dia. New achievement.”

“Nanti depress la ni.”

“Habis Korea la tu?.”

“Budak culture shock.”

Murai MY sebelum ini pernah melaporkan mengenai kenyataan Sabrina sebagai gadis berhijab yang suka menari sehingga mendapat teguran oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun yang berpendapat cara hidup di bumi ini bukan semata-mata bersandarkan kepada logik akal atau pendapat peribadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.