Avaa Vanja hari ini membuat pendedahan mengejutkan apabila pelakon itu dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Tuntut Hak Penjagaan Anak
Pelakon yang sinonim dengan watak antagonis suatu ketika dahulu turut menuntut hak penjagaan penuh anak tunggalnya yang kini berusia sembilan tahun. Perkara tersebut disahkan oleh Saiful Ridzuan, pengurus krisis pelakon tersebut dari firma perhubungan awam Saiful Ridzuan Public Relations And Communications dalam sebuah kenyataan kepada pihak Murai.my
“Anak guam telah menandatangani wakalah bagi menuntut perceraian dari suami beliau di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi. Beliau menuntut antara lain, fasakh dan hak penjagaan penuh anak” kata Nurul Hafidzah Hassan, peguam Syarie yang mewakili Avaa
Cerai Jalan Terbaik
Dalam pada itu, Avaa juga bersedia untuk memfailkan tuntutan lain dalam masa terdekat selain menyifatkan tindakan menuntut cerai adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis rumah tangga nya.
“Pelakon tersebut tidak menafikan bahawa beliau turut bersedia memfailkan lain-lain tuntutan seperti nafkah anak, nafkah iddah, mutaah, dan tunggakan nafkah anak dalam masa yang terdekat,” tambah peguam itu lagi.
Untuk rekod, dalam kes ini Nurul Hafidzah dibantu oleh peguam bersama Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors. Avaa telah berkahwin dengan seorang lelaki kacukan India-Inggeris, A Aamil Sulaiman dan hasil perkahwinan dikurniakan seorang anak perempuan yang dikenali sebagai Merlissa, 9 tahun.