Penyanyi Ashira Aziz membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan lain terhadap netizen yang sering mengecamnya.
Niat Untuk Ke USA Dipertikai
Terbaru, selepas pelantun Di Ombak Resah itu diumumkan terpilih mewakili Malaysia Championship of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat pada Julai depan, terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan usaha Ashira untuk mencari dana ke negara itu.
Menerusi perkongsian di Insta-story nya, Ashira yang juga isteri kepada penyanyi Bad Indigo bertindak untuk berkongsi tangkap layar hantaran mesej kepadanya dipercayai ditulis oleh seorang netizen yang mengecamnya.
“Haha rupanya ada juga orang komen pasal dana. Betul la tak ada dana buat tak ada duit. Sikit up susahlah nak dana pergi US. lepas tu tak mengaku duh” komen netizen tersebut
Kongsi ‘Screenshot’
Tegas Ashira, segala kecaman dan komen yang negatif akan dikongsikannya di Insta-story untuk tatapan umum. Menurut Ashira, dia enggan lagi melayan perasaan sering dikecam sendirian malah dia juga akan dedahkan nama akaun mereka yang meninggalkan komen sedemikian.
“Segala DM,PM dan apa sahaja yang mesej yang tidak baik akan saya up di IGs saya
“Tak larat dah nak mental breakdown sorang-sorang almost 1 year. Alang-alang nak kecam saya moh(jom) kita viral sama-sama ya. Nama akaun anda tidak akan saya tutup” tulis Ashira
Untuk info, beberapa penyanyi lain akan turut bertanding seperti Erul Samah,Thalia Rasul dan
Pija Mentor.