Pelakon popular tanah air, Dato Fizz Fairuz berkongsi khabar mengejutkan apabila dia telah disahkan positif COVID-19.
Enggan Pentingkan Diri
Menurut Fizz, dia tidak menyangka akhirnya bakal dijangkiti meskipun telah menjaga dirinya sebaik mungkin selama ini. Susulan itu, suami kepada pelakon Datin Almy Nadia ini membuat keputusan untuk mengumumkan keadaan dirinya kerana enggan bersikap mementingkan diri apatah lagi selepas bertemu dengan rakan-rakan.
“Selama 2 tahun aku jaga, tolak segala kemungkinan. Tapi akhirnya tewas jugak. Harini aku disahkan positif COVID-19.
Sebenarnya malas nak update, tapi tak best pulak. Sebelum ni jumpa kawan-kawan kan. So kena inform jugak. Tak nak selfish.” dedah Fizz
Minta Individu Yang Pernah Ditemui Jalani Swab Test
Di kesempatan itu, Fizz meminta mereka yang pernah bertemu dengannya baru-baru ini untuk menjalani ujian swab sekiranya mengalami sebarang gejala.
“Setiap pagi buat swab test, ingat contact rapat je..Selepas 6 hari positif. Kepada mereka yang jumpa saya sebelum ni, kalau ada simptom apa-apa pergi la check.
Varian sekarang takde simptom pun. Tau-tau dah positif. Kita jaga, tapi nak kena nasib lah.” katanya
Syukur Isteri & Anak-Anak Negatif
Selain itu, Fizz turut bersyukur kerana isteri dan anak-anak disahkan negatif malah turut berkongsi momen lucu mereka datang mengetuk pintu biliknya sewaktu menjalani kuarantin di rumah.
“Tapi alhamdulillah wife dan anak-anak negatif. Sian my love jaga 4 orang anak selama 7 hari ni. @almynadiaofficial anggap jelah i outstation ye hehehe.
Tapi anak-anak kacau jugak, ketuk pintu assalamualaikum..lepas tu lari hahahaa Cute sangat..hahaa oklah salam day 1 kuarantin”- katanya lagi