Kemelut rumahtangga pelakon Nadia Brian dan suaminya terus hangat diperkatakan. Terbaru menerusi laman Insta story nya, suami pelakon itu, Muizz Nasruddin tampil mendedahkan beberapa perihal mengenai hubungan mereka.
Telah Berikan Kesenangan
Menurut Muizz, sepanjang perkahwinan mereka dia sama sekali tidak pernah memaksa Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi untuk melakukan perkara yang tidak diingininya. Malah dedah Muizz lagi, dia telah memberikan kesenangan dan kebebasan buat isterinya itu untuk melakukan apa sahaja yang disukainya termasuklah mengenai perihal kerja dan juga berkawan.
Berhenti Kongsi Kisah Tidak Benar
Dalam pada itu, Muizz juga memberitahu dia telah menunaikan segala tuntutan nafkah mengikut kemampuannya kecuali tidak mampu menghadiahkan Nadia sebuah rumah ketika ini berikutan keadaan ekonomi yang teruk. Kesal dengan khabar yang tidak benar mengenainya, Muizz turut berharap agar isterinya itu tidak lagi berbuat demikian agar dia juga tidak lagi mendedahkan perkara yang sebenar.
“Saya tidak dapat apa-apa hasil daripada masalah ini. Jadi, Tolong hentikan bercakap perkara tidak benar mengenai saya supaya saya akan berhenti sebarkan kebenaran tentang awak,” tulisya lagi.
Terdahulu, Muizz mendedahkan pelakon itu telah berlaku curang terhadapnya bersama dua orang lelaki lain selain nekad untuk menceraikannya. Muizz yang merupakan seorang ahli perniagaan telah mendirikan rumahtangga bersama Nadia pada 9 November 2019.