22.5 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Apa Salah Saya?” – Aliff Syukri Menangis Kes ‘Dera Anak’ Masuk Berita

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman dimana ketika itu video dia merotan anaknya mendapat kritikan hebat daripada netizen.

JKM Jalankan Siasatan 

https://www.instagram.com/p/Bw138UaA6U0/

Susulan daripada itu, terdapat sesetengah pihak yang telah melaporkan kepada pihak polis sehingga membuatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan siasatan ke atas Aliff. Biarpun Aliff sudah menjelaskan kepada umum perbuatannya itu namun isu tersebut masih hangat diperkatakan.

Jadi Topik Berita 

Ini termasuklah mengenai kes tersebut menjadi topik berita sebuah stesen televisyen tempatan dimana memperlihatkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut terpanggil memberi kenyataan mengenai isu tersebut.

https://www.instagram.com/p/BxFPL3dgOK7/

https://www.instagram.com/p/BxFPL3dgOK7/

Menurut Wan Azizah, kes tersebut telah pun disiasat dan mendapati tiada unsur ‘dera’ seperti yang diperkatakan. Biarpun begitu, anak usahawan tersebut tetap dirujuk kepada pihak hospital bagi siasatan lanjut. Ekoran daripada berita tersebut, Aliff memuat naik sebuah video dimana dia berasa sedih dan turut menangis kerana isu tersebut yang seperti sengaja disensasikan. Malah menurut usahawan itu, niatnya hanyalah mahukan anaknya itu menjadi yang terbaik dan bukanlah sebaliknya. Rata-rata pengikutnya turut memberi nasihat agar kes tersebut menjadi pengajaran yang terbaik buatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.