21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Apa Salah Aku?” – Nur Sajat Sedih Ada Pihak Cuba Pisahkan Dengan Anak-Anak

Peminat sedia maklum bahawa usahawa kosmetik terkenal Nur Sajat Kamaruzzaman mempunyai dua orang anak angkat yang juga sepasang kembar.

Jaga Bagai Menatang Minyak Yang Penuh 

Biarpun berstatus anak angkat namun, Sajat begitu menyayangi dan menjaga Nur Syaza Sajidah dan Muhamad Syahmi bagai menatang minyak yang penuh apatah lagi telah mengambil mereka sejak bayi lagi. Biarpun begitu, disebalik kontroversi yang melanda, Sajat sekali lagi diuji dengan dugaan yang hebat apabila dia telah barkongsi satu khabar berita yang menyedihkan di laman Instagram nya.

Ada Pihak Cuba Pisahkan Sajat Dan Anak-Anak

Menurut Sajat, terdapat pihak yang cuba memisahkan dia dan anak-anaknya. Jelas usahawan yang juga penyanyi ini, dia tidak menyangka bahawa ada pihak yang sanggup untuk memisahkan mereka.

“Kamu lebih rela pisahkan saya dengan anak anak saya..mereka cinta hati saya.. uri mereka saya yang cuci dan tanamkan..Ya allah.. berikan aku kekuatan”

Tambahnya lagi, dia rela mati demi anak-anaknya kerana tidak sanggup berpisah dengan mereka yang dijaganya selama hampir 4 tahun.

https://www.instagram.com/p/B1lHC3CB6xk/

Enggan mengalah mengenai isu anak-anaknya, Sajat turut memberitahu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak tersebut sekiranya isu ini berlanjutan.

https://www.instagram.com/p/B1ljqRrh5Kg/

Rata-rata pengikut Sajat turut berasa simpati dengan keadaan Sajat dan anak-anaknya selain mengharapkan agar keluarga kecil itu tidak akan berpisah. Akui Sajat, biarpun dia tidak sempurna dan ramai yang cuba mengecamnya sebelum ini, namun pendidikan dan kebajikan anak-anaknya tidak pernah diabaikan selain berkongsi senarai keperluan yang telah disediakan buat mereka selama ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.