Mempunyai perancangan untuk membawa hubungannya bersama pengacara, Nia Atasha Rosli ke fasa seterusnya, pelakon dan pengacara, Qi Razali bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi kepada umum kerana dia dan kekasih ingin mengejar impian masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga.
“Sebagai lelaki, semestinya saya mempunyai keinginan dan perancangan untuk berkahwin, cuma bukanlah dalam tempoh terdekat. Nia sendiri masih muda dan banyak lagi impian ingin dicapainya. Saya juga tidak mempunyai masalah biarpun dia (Nia) mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan, asalkan pandai membawa diri.
“Setakat ini, saya lihat Nia masih sama seperti dahulu dan tidak banyak yang berubah. Industri ini mempunyai banyak potensi, cuma kita perlu bijak membezakan mana yang baik dan buruk. Apa yang penting adalah niat sebelum menceburkan diri dalam bidang seni,” kata Qi.
murai.my mendoakan agar kebahagiaan Qi dan Atasha hingga ke jinjang pelamin, in shaa Allah, aamiin! Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang.