22.2 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Ammar Alfian Bercerai ‘Tebus Talak’, Enggan Maafkan Bekas Isteri

Semalam, pelakon Ammar Alfian menerusi hantaran di laman Instagram nya memaklumkan bahawa dia dan isteri Nelissa Nezam telah bercerai secara tebus talak.

Diperintahkan Bayar Iwad

Dalam hantaran tersebut, pelakon filem PASKAL ini mendedahkan bekas isterinya diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar iwad sebanyak RM7,000 kepadanya dan bayaran tersebut telah pun dijelaskan oleh Nelissa.Tambahnya lagi, dia sama sekali tidak akan memaafkan segala perbuatan Nelissa terhadap ibu dan bapanya sebelum ini selain menganggap kebenaran akhirnya telah terbukti.

“Sekarang satu mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia. What u did to my mom & dad I will never forgive u. Justice has been served” katanya

Via Instagram Ammar Alfian

Sebagai info, Khuluk atau tebus talak ialah talak yang berlaku dengan keinginan isteri dan kesungguhannya untuk bercerai. Khuluk disyariatkan bagi memenuhi keperluan isteri maksudnya isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah mereka sepakati sebelum ini kepada suaminya.

Ammar telah mendirikan rumah tangga dengan Nelissa pada Mac 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dinamakan Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.