20.9 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Amboi Ustajah, Cakap Kita Jahat”- Isteri Caprice Dedah Wajah Netizen, Apa Yang Berlaku?

Baru-baru ini, isteri kepada rapper, Caprice iaitu Farra Inalis tampil bersuara selepas seorang pengikut di media sosial memintanya untuk tidak bersikap angkuh selepas mengeluarkan kenyataan dia akan bertaubat bila tiba masanya.

“Kalau Sempat Bertaubat, Kalau Tak Sempat?”

Menerusi Instagram, seorang netizen dilihat telah mempersoalkan tindakan Farra malah turut memintanya untuk tidak bersikap angkuh.

“Kalau sempat bertaubat. Kalau tak sempat? Tak tutup aurat tu jahatlah, ingkar perintah Tuhan. Orang mai ingatkan baguslah tu, amar makruf nahi mungkar.

Jangan angkuh sangatlah. Nanti mati orang juga uruskan, mandikan bersihkan tahi you, kapankan dan bawa pergi kubur.”-Komen Netizen

Dedah Wajah Netizen

Tidak berdiam diri, Farra dilihat memuatnaik tangkap layar akaun individu yang didakwa bercakap tentang dirinya itu.

“Amboi ustajah, cakap kita jahat, yang peliknya tak suka tapi follow. Hahaha Adui lawak la geng-geng ni.

Aku kalau tak suka orang, bulu roma dia pun aku taknak tengok tau.”-Kata Farra

via Instagram Farra Inalis

Bertaubat Bila Tiba Masanya

via Instagram Farra Inalis

Farra baru-baru ini menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dia boleh bertaubat bila masanya telah tiba. Selain itu, dia juga menegaskan bahawa imej tidak bertudung atau tidak bukanlah menjadi tanda aras kebaikan seseorang.

“Walaupun i free hair..Tak bermakna i jahat..I berdosa urusan i dengan Allah. I boleh minta maaf & bertaubat bila tiba masanya. i dengan suami itu urusan antara kami, tak perlu nak tolong remind me ‘kesian suami tanggung dosa”-Kata Farra

via Instagram Farra Inalis

Sekadar info, Caprice telah berkahwin dengan Farra Inalis Husni yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan pada November 2021. Farra juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya terdahulu, Aleesya Sofea yang kini berusia 8 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.