MuraiMY ingin berkongsi sedikit mengenai kisah pelakon cantik dari Hollywood, Amber Heard. MuraiMY bukan mahu bercerita mengenai kes perceraian beliau dengan pelakon kacak Johnny Depp, tetapi peranannya dalam siri “Aquaman”.
Baru-baru ini, agak mengejutkan apabila ramai peminat membuat petisyen terhadap Amber Heard untuk keluar dari projek sekuel “Aquaman”, iaitu “Aquaman 2” yang dilaporkan akan dikeluarkan oleh Warner Bros.
Mereka sepakat beramai-ramai untuk memastikan pelakon cantik ini tidak lagi memainkan watak Mera, yang begitu dekat dengan Arthur Curry (Jason Momoa).
Sehingga artikel ini ditulis, petisyen bertajuk “Remove Amber Heard from Aquaman 2” ditandatangani oleh sekitar 38,736 ribu peminat, dengan sasaran 50 ribu tandatangan. Petisyen ini ditujukan kepada Courtney Simmons, SVP of Publicity & Communications DC Warner Bros dan Paul McGuire, Komunikasi Korporat DC Entertainment.
Nak tahu apa puncanya? MuraiMY difahamkan petisyen yang dimuat naik di halaman Change.org berkaitan dengan kes perceraian Amber dan Johnny. Seperti yang dilaporkan oleh News18, adalah diketahui, beberapa waktu lalu Amber Heard telah melakukan kekerasan terhadap bekas suaminya semasa perkahwinan mereka.
Amber dituduh memukul Johnny Depp dua kali. Di samping itu, terdapat juga berita yang memberitahu Amber untuk mencederakan Johnny Depp dengan botol vodka, yang memaksa bekas suaminya melakukan pembedahan.
Dalam perkembangan berbeza, Johnny Depp sendiri sebelum ini meminta Warner Bros untuk tidak lagi mengambil bekas isterinya dalam projek mereka yang seterusnya. Dikabarkan, pegawai Warner Bros diam-dia mempertimbangkan permintaannya itu.
Sementara itu, Warner Bros sendiri telah mengumumkan tarikh keluaran “Aquaman 2” sejak Februari lalu. Projek sekuel ini nampaknya bersedia menemui peminat pada 16 Disember 2022.
Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada James Wan akan kembali mengarahkan sekuel ini. Tetapi pengarah siri “The Conjuring” itu dilaporkan akan menjadi penerbit untuk projek ini.