21.7 C
Malaysia
Saturday, November 9, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Altimet Tegur Dr Rafidah Gara-Gara Tidak Sensitif Isu Kematian Pesakit COVID-19

Ketika ini negara berhadapan dengan situasi yang agak getir dimana peningkatan kes COVID-19 telah mencecah hampir 10 ribu angka jangkitan.

‘Tweet’ Dr Rafidah Undang Kecaman

Manakala pada Sabtu, negara mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu seramai 98 orang mangsa dilaporkan meninggal dunia membuatkan ramai orang sedih dan dalam masa yang sama berjaga-jaga bagi mengekang wabak ini. Namun begitu, ciapan seorang pengguna laman Twitter yang juga seorang doktor perubatan dikenali sebagai Dr. Rafidah Abdullah mencuri perhatian ramai apabila ‘bergurau’ mengenai kematian pesakit COVID-19.

Difahamkan, ia bermula dengan ciapan seorang pengguna memaklumkan katil ICU hampir penuh dengan pesakit COVID-19. Bagaimanapun ciapan Dr Rafidah mengundang kecaman orang ramai yang menyifatkannya tidak sensitif dengan keluarga pesakit yang meninggal dunia disebabkan wabak itu.

“Tu 98 dikosongkan” tulis Dr Rafidah

Rata-rata mengecam tindakannya yang tidak menjaga sensitiviti masyarakat apatah lagi dia merupakan seorang doktor yang sepatutnya menjadi contoh terbaik buat orang ramai dalam memberi kesedaran mengenai COVID-19.

Altimet Tegur Dr Rafidah

Malah, penyanyi rap dan komposer Altimet turut menegur tindakan Dr Rafidah yang menasihatinya untuk tidak berjenaka mengenai mereka yang telah meninggal dunia.

“Jangan melawak pasal rakyat yang dah pergi akibat gejala ini please. Kurang manis. Kurang sensitif. Kurang minat.” kongsi Altimet

Perkongsian Altimet yang mendapat lebih dari 5 ribu ulang kicau (Retweet) itu turut dipersetujui oleh ramai pengguna lain yang mula rasa hilang hormat terhadap Dr Rafidah berikutan gurauan nya itu.

Dr Rafidah Mohon Maaf

Bagaimanapun, Dr Rafidah menerusi ciapan susulan memadam status nya sebelum ini serta memohon maaf kepada orang ramai. Menjelaskan lebih lanjut, menurut Dr Rafidah ramai yang telah menyalah anggap ciapannya itu. Sebagai seorang doktor, dia akui begitu terkesan melihat mereka yang dijangkiti wabak ini apatah lagi yang bertarung dengan maut.

Di kesempatan itu, Dr Rafidah turut berpesan kepada semua pengikutnya untuk kekal sihat dan mematuhi segala standard operasi prosedur yang telah ditetapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.