22.5 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Aliff Syukri Sedih Single Terbaharu ‘Trending’ Tapi Dibenci Netizen

Semalam, usahawan kosmetik terkenal yang juga penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri telah melancarkan satu lagi single terbaharu nya berjudul Cowok Baru . Dalam single ini, Aliff telah berduet bersama penyanyi Indonesia Upiak Isil dan Lucinta Luna serta memperkenalkan kekasih Lucinta, Ash sebagai penampilan khas.

Trending Di YouTube

Berdasarkan carian kami di laman YouTube, kurang dari 24 jam single itu  telah ‘trending’ dan menduduki tangga kelima secara keseluruhan dengan capaian terkini mencecah lebih dari 200 ribu tontonan. Namun begitu, single Cowok Baru ini tetap mendapat kritikan hebat dari netizen sehingga mendapat undian ‘unlike’ lebih tinggi di platform itu.

YouTube video

Aliff Sedih

Menerusi laman Instagram nya, Aliff telah memuat naik satu posting video terbaharu nya yang menyatakan rasa sedihnya terhadap tanggapan netizen. Menurut Aliff sedih dan terkilan kerana telah mencuba sehabis yang baik dan tidak menampilkan sebarang tarian yang menghairahkan dalam klip video namun tetap dikritik hebat oleh netizen.

“Cuba ambil yang positif buang yang negatif abang cuba buat yang terbaik tak ada sebarang tarian yang menggairahkan malah abang dah cuba memuaskan hati semua pihak tolong jangan buat provokasi tolong hargai bakat abang”

https://www.instagram.com/p/B1bceQOHHzK/

Rata-rata netizen beranggapan biarpun single kali ini lebih bagus berbanding empat single nya terdahulu, namun mereka tetap ingin memboikot single itu kerana menampilkan Lucinta dan kekasihnya yang mencetuskan kontroversi kerana status jantina mereka yang dikatakan berhaluan LGBT.

Bakal Dipasarkan Ke 50 Stesen Radio Indonesia 

Biarpun begitu, Aliff bersyukur kerana dia secara rasminya telah menjadi artis syarikat rakaman Datu Entertainment. Sebagai info, klip video lagu ini telah dijalankan di Jakarta, Indonesia dan telah diarahkan sendiri oleh Aliff.

Malah, pihak DATU Entertainment telah membuat perancangan untuk memasarkan lagu ini ke 50 stesen radio Indonesia selain akan mengadakan pelancaran lagu ini di Jakarta tidak lama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.