Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sekali lagi mengejutkan peminat apabila dia ditahan pihak polis Singapura selepas menimbulkan kekecohan di tempat awam malah polis juga menyatakan nafasnya berbau arak.
Didakwa Di Mahkamah
Terbaru, menerusi laporan sumber media negara itu, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff bin Aziz, 28 telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan tersebut yang mana dia dikatakan telah melakukan sesuatu yang tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan menunjukkan isyarat-isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam di kawasan Orchard Towers, di Orchard Road kira-kira pukul 6.25 pagi pada 10 November lalu.
Dalam pertuduhan tersebut, jika disabitkan bersalah bekas suami kepada Bella Astilla ini boleh didenda tidak melebihi S$2,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Hadapi Tiga Pertuduhan
Dengan kes terbaharu ini ianya menjadikan Aliff berhadapan dengan tiga pertuduhan secara keseluruhannya sejak 3 bulan yang lalu. Pada 3 September lalu,pelantun Sayang Sayang ini dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia,Raja Yunika Perdhana Putri dan satu lagi pertuduhan mencurisekotak rokok Marlboro dan pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura.
Bagi kedua-dua kes curi itu, Aliff sepatutnya dihadapkan ke mahkamah pada 19 November namun ditangguhkan kerana tuduhan ketiga itu.