21 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu

Selepas isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupannya tanpa suaminya itu, sebentar tadi, mahkamah telah memutuskan bahawa pasangan ini telah sah bercerai dengan talak satu.

Aliff Mohon Maaf

Sebaik sahaja keluar dari mahkamah kedua-dua mereka dilihat berbincang seketika sebelum memberikan kenyataan kepada pihak media. Menurut Aliff dalam keadaan sebak, dia akui akan kesalahan dirinya. Malah jelas Aliff, mungkin ini adalah petunjuk dari Allah SWT untuk kembali berfikir dan muhasabah diri. Di kesempatan itu juga, Aliff turut memohon maaf kepada Bella dan keluarga serta berharap dengan perpisahan yang terjadi sedikit sebanyak memberikan iktibar kepada dirinya.

“Saya mohon maaf sebab saya tahu dia banyak berkorban untuk saya, dari pakaian saya makan – minum saya. Jujur saya cakap saya masih sayangkan dia”

Bella Tidak Simpan Sebarang Dendam

Menurut Bella pula, keputusan ini dibuat selepas memikirkan perihal keluarganya. Tidak menyimpan sebarang dendam kepada bekas suaminya itu, Bella berharap Aliff akan perbaiki dirinya serta berharap dengan keputusan tersebut Aliff akan lebih memikirkan masa depan keluarga. Tidak menolak sekiranya akan teruskan perceraian tersebut atau merujuk semula, ujar Bella fokusnya kini adalah pada anak mereka, Putera Ayden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.