32.5 C
Malaysia
Monday, September 2, 2024

Latest Posts

“Alhamdulillah”- Mira Filzah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Tahniah diucapkan kepada Mira Filzah dan Wan Emir Astar yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata lelaki, jam 3.40 pagi hari ini di sebuah pusat perubatan.

Menerusi hantaran di Instagram, suaminya, Wan Emir Astar Mohammad Khair-il Anuar menyatakan bahawa isteri dan cahaya mata mereka kini berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta Sekalian Alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda SAW- isteri syurgaku Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman telah selamat melahirkan melahirkan putera sulung kami pada tarikh yang sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun pada jam 3.40 pagi.

Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga berada dalam keadaan sihat wal’ afiat.”-Kongsi Emir

Titip Ucapan Terima Kasih Atas Doa Orang Ramai

Wan Emir menerusi hantaran nya turut menitipkan ucapan terima kasih di atas doa dan harapan orang ramai yang dicurahkan buat keluarga mereka.

“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.”-Wan Emir

Dibanjiri Ucapan Tahniah

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza,  Lisa Surihani, Elifra Loy, Anzalna Nasir, dan ramai lagi telah membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa buat mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah..Tahniah buat keduanya..”-Siti Nurhaliza

“Congrats darling..Alhamdulillah dipermudahkan.”-Anzalna Nasir

“Waaah congrats Emir and Mira.”-Aiman Hakim Ridza

“Alhamdulillah tahniah berkat bulan Syawal. Semoga menjadi anak yang soleh. Congratulations to the both of you.”-Lah Ahmad

Sekadar info, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohamad Khairil Anuar telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara. Perkahwinan mereka juga dianggap sebagai Wedding Of The year kerana nama pasangan ini trending di laman Twitter dan ditonton oleh hampir 2 juta penonton yang menyaksikan majlis pernikahan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.