Menerusi hantaran di laman Instagram nya sebentar tadi, pelakon dan penyanyi Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila isteri dan anak-anaknya telah disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan wabak tersebut.
Isteri Dan Anak-Anak Kuarantin Di Rumah
Menurut Alif, Allah SWT telah makbulkan doa orang ramai sebelum ini kerana khuatir akan isteri, Sha Dila Hadid dan anak-anaknya iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, berisiko untuk dijangkiti memandangkan mereka adalah kontak rapat penyanyi itu. Bagaimanapun, kongsi Alif mereka akan menjalankan kuarantin di rumah selama dua minggu.
“Allah SWT makbulkan doa kalian semua.Alhamdulillah.Isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid-19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu” tulisnya
Ibubapa Dan Adik Bongsu Positif
Dalam pada itu, Alif turut mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan buatnya sebaik sahaja disahkan positif selepas membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu lalu.
“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui instagram dan whatsapp, alif baca dan disini alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan -tuan dan puan- puan sekalian.Thank you for all that you’ve done for my family and I, I pray that Allah swt will grant the prayers for you and your family as well. InsyaAllah. – Alif Satar” tulisnya lagi
https://www.instagram.com/p/CH7fnMJpgBK/
Sebelum ini, media melaporkan ibu bapa serta adik bongsu Alif turut disahkan positif Covid-19 semalam seperti yang dinyatakan oleh pengurusnya, Adlina Abu Bakar. Difahamkan Alif dijangkiti wabak itu selepas bertemu dengan seorang individu di ibu negara pada Selasa lalu bagi urusan kerja sebelum dihubungi bapanya pada Sabtu yang menyatakan bahawa individu tersebut disahkan positif COVID-19.