27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Akui Pergaduhan Sekadar Gimik,Mona Allen Terkilan Dengan Kecaman Netizen

Pelakon, Mona Allen meluahkan rasa terkilan setelah komen netizen yang mengecamnya di media sosial selepas mengaku video pertengkaran antara dirinya dengan pelakon Iqram Dinzly di set penggambaran yang hanya gimik untuk mempromosikan drama lakonan mereka,Hati Yang Dikhianati.

Terkilan Dengan Kecaman Netizen

Menerusi Insta Stories, Mona akui berasa terkilan dengan komen netizen yang disifatkan melampau dan tidak menyangka bahawa majoritinya adalah wanita yang sudah berkahwin dan berhijab.

“Ianya memalukan..Yang komen dan kutuk tu masyaallah. someone’s mum, someone’s wife and someone’s daughter. Kebanyakannya wanita .

Bila lihat dari segi rupa, cannot brain orang macam ni yang bermulut longkang. Yang bertudung litup.. Ada yang umur baru setahun jagung tapi ayat nauzubillah.”- luah Mona

“Jaga Tepi Kain Sendiri”

Tambahnya lagi, dia turut meminta netizen untuk tidak bersikap membuta tuli dan mencampuri urusan orang lain.

“Lesson for you guys. Jangan menilai buku hanya dari rupa. Jangan pernah menjadi judgemental. Jaga tepi kain sendiri. Apa-apa pun, saya maafkan semua.”- katanya

Dalam hantaran susulan, isteri kepada pelakon terkenal, Pekin Ibrahim ini turut menyatakan dia sudah telah menyimpan segala-gala perihal mengenai ‘drama’ antara dirinya dengan Iqram  di dalam arkib Instagram.

“Saya dah archive ye semua story ke live ke apa ke mengenai drama di antara saya dan Iqram. Korang kalau nak membawang sila pergi tempat lain.

Saya bagi seminggu je untuk korang membawang. Bosan baca komen dak dak. LOL. Nak buat dosa cari tempat lain la eh. Masa anda dah tamat. TQ.”- katanya lagi

Terdahulu,tular sebuah video kononnya terdapat  perselisihan faham diantara mereka selepas Iqram dikatakan terlalu menjiwai wataknya yang pada ketika itu sedang mencekik leher Mona.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.