Selebriti sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA tampil memberi respon terhadap pelakon, Dato Sri Eizlan Yusof yang baharu sahaja dilantik sebagai Perunding Kreatif Kementerian Luar Negeri.
Menerusi laman Twitter, pengacara ini memberikan tempoh selama enam bulan untuk Eizlan bawa selebriti Malaysia bertaraf bintang ke peringkat dunia.
“Aku bagi ko tempoh 6 bulan jer to push any names of Malaysia starts ke world levelll!”-ciap Diva AA
Tambahnya, dia turut meminta pihak yang terlibat untuk membuktikan bahawa tanggapannya ini adalah salah.
“Kerr hawukkkk? Ker wal asil balik asal? ker makan gaji butaaa?? Proved me wrong!”- katanya lagi
Untuk info, selain Eizlan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri turut diberi mandat baharu dimana dia kini memikul jawatan sebagai Setiausaha Kebudayaan di Kementerian Luar.