Sekian lama menunggu, trailer Frozen 2 akhirnya dikeluarkan secara rasmi menerusi laman youtube Walt Disney Animation Studios pada Selasa (11/6/2019) semalam.
Trailer dari filem animasi popular ini, semestinya menarik perhatian umum. Belum sampai 24 jam ia disiarkan, trailer Frozen 2 di kanal YouTube Walt Disney Animation Studios sudah ditonton lebih dari 7.6 juta kali.
Video promosi Frozen 2 yang berdurasi hampir sekitar dua menit ini diawali dengan sedutan Elsa (Idina Menzel) yang hendak menyeberangi lautan dengan kekuatannya. Aksi lincahnya kemudian berterusan dengan Elsa yang bertemu dengan kuda mistik di dalam laut.
Perjalanan Elsa diiringi dengan aksi-aksi cemas yang mendebarkan ditemani oleh Anna, Olaf, dan Kristoff. Filem animasi yang diarahkan oleh Jennifer Lee dan Chris Buck ini akan ditayang dipawagam pada penhujung November 2019. Tak sabar kan?