Pengarah dan penerbit Radius One Propduction, Shahrulezad Mohameddin mengumumkan bahawa dirinya kini disahkan positif COVID-19.
Negatif Sebelum Melakukan RPK Test
Menerusi posting di Instagram, pengarah ini menjelaskan bahawa pada awalnya dia hanya mendapat keputusan negatif bagi ujian pengesanan Covid-19 sebelum membuat keputusan untuk melakukan RPK test dan disahkan positif.
“Cuma nak dijadikan cerita abam yang negative pada awalnya ni rasa tak sedap badan start semalam lagi. Abam telan actifast pun demam macam tu jugak. Dan hari ni sebelum masuk pejabat dan turun set abam decide buat sekali RPK test.
Dan alhamdulillah abam rupanya positive. Dan sekarang semua staff Radiusone tengah dok beratur kat depan klinik tu buat RPK test sekali lagi. Abam takut kalau benda ni makin merebak.”-Jelas Shahrulezad
Pembawa Virus Covid-19 Tanpa Disedari
Pengarah terkenal ini turut memberikan pesanan untuk terus melakukan RPK Test atau PCR Test sekiranya mereka berasa ‘tidak sedap badan’/
“Apa yang abam belajar di sini. Kalau korang dah start tak sedap badan terus buat RPK atau PCR test terus!!! Jangan percaya sangat dengan saliva/antigen test tu.
Gara-gara percayakan saliva test tu lah dah tak pasal-pasal abam dan staff pertama terkena tu jadi pembawa virus Covid tanpa kita sedar.”-Pesan Shahrulezad
Tambahnya, dia berasa lega kerana tidak sempat berlepas ke Langkawi keesokan harinya untuk lawatan set penggambaran di sana.
“Mujur abam tak sempat berlepas ke Langkawi esok nak lawat set abam satu lagi di sana. Kalau tak, tak pasal-pasal abam kena kuarantin kat sana pulak. Huhuhu.”- Luah Shahrulezad
Rakan Artis Titip Doa Cepat Sembuh
Tinjauan Murai MY di ruangan komen pengarah tersebut mendapati rakan-rakan artis seperti Eyra Hazali, Hafreez Adam, Sharifah Shahora dan ramai lagi tampil memberikan sokongan dan mendoakan agar Shahrulezad diberikan kesembuhan dengan segera.
Kami di Murai MY turut mendoakan agar Shahrulezad dan pasukan produksi agar diberikan kesembuhan dengan cepat dan dipermudahkan segala urusan.
Get Well Soon Okay!