Semalam, menerusi laman Twitter nya, selebriti verstail Adibah Noor berkongsi khabar sedih yang mana akaun Instagram nya telah digodam dan dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Terpedaya Dengan Taktik Pengesahan Instagram
Kongsi pelantun terlalu istimewa itu, akaun tersebut telah dicuri akibat percaya dengan tipu helah penggodam tersebut yang kononnya dari pihak Instagram dengan menawarkan pengesahan (verified) dari mereka. Dedah empunya nama sebenar Adibah Noor Mohd Omar ini lagi, dia berasa terkilan dan sedih kerana akaun tersebut bukan sahaja tersimpan pelbagai foto kenangan, malah juga berfungsi sebagai salah satu sumber pencarian pendapatannya menerusi jualan secara atas talian.
kalau ada pihak “instagram” suruh buat verification bagai… jangan percaya.
menipu jer.
now my instgram acc adibah_noor dah disimpan deme. pic.twitter.com/ND7zdWDLgc
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) July 11, 2020
Buka Akaun Baru
Menurut Adibah, pihak tersebut telah meminta sejumlah wang kepadanya sekiranya dia ingin mendapatkan semula akaunnya. Redha dengan nasib yang menimpanya, Adibah telah melepaskan akaun tersebut dan telah membuka akaun Instagram yang baru sebagai @adibahnoormohdomar.
Di kesempatan itu, Adibah turut menitipkan pesanan buat orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan helah pengesahan Instagram apatah lagi ianya semakin berleluasa dan menimpa kebanyakan mereka yang popular di laman itu.