24.5 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Aishah Terpaksa Naik Turun Mahkamah, Penaja GV4 Tak Kota Janji?

Juara Gegar Vaganza Musim ke-4, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin meluahkan rasa kecewa terhadap penaja yang menaja menawarkan hadiah sebidang tanah lot banglo kepada beliau.

Umum sedia maklum sebagai johan Aishah membawa pulang wang tunai RM100,000 dari tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo sumbangan dari syarikat Bina Megah Empire dan juga pakej percutian ke Eropah Timur tajaan dari selamatbercuti.com.

Terpaksa Ke Mahkamah

Namun setelah empat tahun lebih menanti hadiah sebidang tanah yang dijanjikan dari penaja, juara GV4 ini tidak menerima sebarang makluman tentang hadiah yang dijanjikan tersebut.

Murai MY menjengah ke Instagram Aishah, penyanyi ini mendedahkan beliau terpaksa pergi ke mahkamah berkenaan kes tuntutan hadiah tanah yang dijanjikan oleh pihak penaja.

“Beberapa hari akan datang sepatutnya saya boleh berehat seketika, tetapi malangnya bermula pagi esok saya terpaksa ke mahkamah untuk kes tuntutan hadiah tanah GV4.” Coret beliau

Hampa Penaja Tak Kotakan Janji

Susulan isu tuntutan hadiah tanah yang tidak selesai sejak program realiti musim ke-4 itu tamat pada tahun 2017, Aishah meluahkan rasa hampa terhadap pihak penaja kerana tidak mengotakan janji setelah beberapa tahun menanti.

“Kenapalah menyusahkan orang, masa dan kos. Kalau dah berjanji untuk beri hadiah, tunaikanlah saja. Kalau tak, elok jangan mimpi nak jadi penaja.

Beberapa tahun dah menunggu, tetapi hingga sampai naik mahkamah juga. Doakan yang terbaik. Saya hanya menuntut hak saya yang telah dijanjikan. Jangan buat begini kepada anak seni.” Coret beliau lagi

via Instagram Datuk Wan Aishah Wan Ariffin

Netizen Titip Doa

Muatnaik yang dikongsikan Aishah mendapat perhatian peminat beliau, rata-rata mereka mendoakan agar urusan pelatun lagu ‘Janji Manis Mu’ ini dipermudahkan dan berjaya menuntut haknya.

“Moga dipermudahkan segala urusan amin”

“Allahuakbar.. Tak selesai lagi rupanya”

“Jangan risau Datuk siapa yang betul pasti akan mendapat hak mereka, bak kata pepatah berani kerana benar” komen mereka

via Instagram Datuk Wan Aishah Wan Ariffin

“Semoga awak akan dapat apa yang awak tuntut. Doa saya mengiringi langkah awak”

“Syabas kak Aishah. Semoga urusan dipermudahkan”

“Moga akak dapat hak akak secepat mungkin dan urusan dipermudahkan. Amin” doa warganet

Murai MY mendoakan agar urusan Datuk Wan Aishah Wan Ariffin berjalan dengan lancar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.