27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Aishah Tampil Beri Penjelasan Selepas Dikecam Isu ‘Isteri Beli Beras’

Penyanyi popular, Aishah tampil memberikan penjelasan selepas dia teruk dikecam kerana menceritakan pengalamannya sebagai seorang isteri yang ‘membeli beras’ dan tidak pernah dimanjakan dengan hadiah.

Tidak Buka Aib Sesiapa

Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin menjelaskan bahawa dia tidak membuka aib mana-mana pihak kerana semua yang terjadi merupakan pengalaman hidupnya sendiri.

“Hadoii marah betul setengah orang bila saya menceritakan pengalaman saya sebagai ‘isteri yang beli beras’..

Relax, saya sebut itu kerana itu betul-betul terjadi dan bagi saya ia tak aib apa pun.

Itu realiti pengalaman saya dan saya percaya ianya realiti ramai juga kaum wanita lain. “Jelas Aishah

Minta Netizen Henti Maki Hamun 

Dalam pada itu, dia turut meminta netizen untuk berhenti memberikan pelbagai komen negatif yang diberikan mereka menerusi  DM (direct message) di Instagram. Malah pesan Aisyah, mereka boleh berhenti mengikuti perkembangan dirinya di platform tersebut.

“Tak payah nak bertubi-tubi DM saya nak maki hamun saya. Saya tulis dalam IG. Kalau tak suka tak payah follow atau skip je cerita saya ok.”- kata Aishah lagi

Di akhir penjelasannya, Aisyah memberitahu bahawa dia tidak pernah merasa menyesal dengan perkongsian tersebut menganggap ia sebagai amal jariah dan sedekah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.