Penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin akui berasa ralat dengan sikap pelik sesetengah peminat artis yang terlalu fanatik kerana sanggup memaki hamun selebriti-selebriti lain hanya kerana ingin menunjukkan sokongan mereka.
Kecewa Dengan Sikap Peminat
Luah Aishah menerusi laman Instagram nya, dia akui tidak tersentap dengan segala kecaman yang diterimanya namun berasa kecewa dengan sikap sesetengah peminat sedemikian yang dilihatnya sejak menyertai program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) beberapa tahun lalu. Dedah Aishah, hubungan mereka sesama selebriti lain tidak mempunyai sebarang masalah malah turut saling membantu dan bertukar pendapat.
“Pengalaman mengajar kita berbagai perkara.Dari dulu lagi semasa GV4 I perasan fans yang fanatik kadang-kadang membuatkan perlakuan yang pelik-pelik,nak tunjuk support pada artist kesayangannya sanggup maki hamun artist lain.Sedangkan hubungan kami sesama artist ok je”
“masa GV4 dulu pelik betul I baca komen-komen fans hentam artist lain untuk naikkan artist kesayangannya.Yang kelakarnya kami sesama artist ok je,group GV4 kami best sangat, boleh duduk makan sama,saling bertukar idea,bantu membantu.I banyak bertanya pasal vocal technique dari Hazami.Bergurau usik mengusik ok je” tulis Aishah
Siti Kirim Makanan
Dalam pada itu, pelantun Janji Manismu ini turut menjelaskan hubungan bersama Dato Sri Siti Nurhaliza juga baik dan saling menghormati. Malah dedah Aishah,dia berasa terharu kerana Siti sempat mengirim makanan buatnya usai persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) baru-bru ini dan turut memberi sekeping kad ucapan dan pesanan menerusi kiriman suara.
“Dalam pengalaman SFMM35 ini juga hubungan I dan Datuk Sri Siti saling menghormati.Ini buktinya,Tok Ti belanja Kak Ecah dia makanan untuk selepas performance.Diiringi kad ucapan dan recording suaranya mengucapkan goodluck pada I.So sweeet kan.Sangat terharu I over such gesture.Itu namanya class babe,ada professional respect sesama artist.Habis korang yang sampai negatifkan peribadi dah kenapa.Sila ikut tauladani artist yang disayangi” tulisnya lagi
Terdahulu, Aishah teruk dikecam oleh sesetengah peminat apabila mendakwa persembahannya dalam SFMM yang menggantikan Siti menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu tidaklah sebaik penyanyi asalnya. Dek kerana kecaman itu, Aishah mengalami tekanan dan akui menangis setiap kali membaca komen-komen negatif tersebut.