21 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson Umum Nikah Februari 2020

Selepas mengikat tali pertunangan sejak sebulan yang lalu, pasangan selebriti ini Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson telah mengumumkan satu khabar gembira yang mana mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada Februari 2020.

Belum Tetapkan Tarikh Perkahwinan 

Pengumuman itu dibuat mereka menerusi sebuah sidang media khas yang diadakan semalam. Bagaimanapun, buat masa ini Aiman dan Zahirah belum menetapkan mana-mana tarikh sebenar untuk majlis pernikahan mereka.

“Insya-Allah, kami akan berkahwin pada Februari 2020. Buat masa sekarang, belum ada tarikh spesifik, tapi kami akan kongsikan apabila sudah ada tarikh sesuai”

Meskipun begitu, memandangkan tahun hadapan adalah ‘tahun yang cantik’ peminat terlebih dahulu meramalkan bahawa mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 2 Februari ataupun 22 Februari 2020.

Resepsi Kedua-Dua Belah Keluarga Di Kuala Lumpur 

Menurut Zahirah dalam sidang media itu, majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua belah pihak keluarga akan diadakan di Kuala Lumpur. Jelas pelakon itu lagi, tarikh perkahwinan belum dapat ditetapkan kerana perlu memilih lokasi yang sesuai terlebih dahulu.

“Tarikh perkahwinan juga kami perlu sesuaikan dengan lokasi. Kalau kami sebut tarikh, tapi belum ada lokasi, tak boleh juga kan. Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan adalah, majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-duanya akan berlangsung di Kuala Lumpur”

Aiman dan Zahiran telah bertunang pada 8 Jun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.