29.4 C
Malaysia
Sunday, September 1, 2024

Latest Posts

“Aib Keluarga & Kita…” – Azhar Sulaiman Tegur Puteri Balqis?

Pelakon, Azhar Sulaiman tampil bersuara terhadap pendedahan mengejutkan oleh pelakon Puteri Balqis yang mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapanya, Azizi menerusi podcast Bros Gang TV di Youtube.

Akui Tiada Perkara Baik Hasil Dari Temubual Itu

Menerusi hantaran yang sudah dipadam di Instagram,  Azhar mempersoal adakah tiada siapa yang memberikan nasihat kepada Puteri Balqis sebelum melakukan pendedahan sebegitu.

“Salam semua, Semalam Mami disuruh dengan pasal interview ni . Lepas dengar few minutes Mami asked my friend to stop it.

Dalam kepala Mami terus terfikir..Nothing good will come out from this interview. Takde sapa-sapa nasihat dia dulu ke sebelum buat ni?-Soal Azhar Sulaiman

“Mak Dia Okay Pasal Ni?”

via Instagram Puteri Balqis

Azhar Sulaiman turut mengatakan bahawa terdapat rahsia yang harus disimpan sampai bila-bila apabila bergelar selebriti.

“Mak dia ok pasal ni? Reporter pun patut ada rasa tanggungjawab bila tanya ni sebab ada implikasi lepas rahsia terbongkar.

Sometimes ada rahsia yang kita simpan sampai mati sebab kerja kita sebagai selebriti. Aib keluarga dan kita perlu jaga.”-Tulis Azhar Sulaiman

via Instagram Azhar Sulaiman

Sekadar info, ibu Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz turut mendakwa bekas suaminya itu pernah melakukan banyak kesalahan jenayah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.