Selebriti dan bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin tampil bersuara terhadap isu rasuah yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan pihak yang terlibat dan berpendapat agama hanyalah sekadar hiasan di kepala.
Pihak Terlibat Seharusnya Memudahkan Kerja
Menerusi Insta Stories, Normala mendedahkan pihak terlibat seharusnya memudahkan setiap kerja kebajikan walaupun dari bangsa, parti, dan kepercayaan.
“Mudahkan setiap kerja kebajikan walaupun dari bangsa, parti dan kepercayaan.
Itu lebih baik. Jika buat susah, nak masuk Syurga Allah akan bagi susah juga..#pihakterlibat”-Normala Samsudin
Rakyat Kini Sedang Memerhati & Menilai
Tambahnya lagi, rakyat kini sedang melihat dan menilai apa yang sedang berlaku dan pihak yang terlibat tidak akan dapat lari dari penghakiman.
“Rakyat memerhati, membaca, dan menilai. Mereka senyap tetapi sememangnya bermasalah a[abila berada di puncak. Dan tidak akan dapat lari dari penghakiman.”-Normala Samsudin
“Agama Jadi Hiasan Di Kepala Saja”-Normala Samsudin
Dalam pada itu, dia berpendapat dirinya seolah-olah melihat wang rasuah berselerakan seperti sampah sarap yang melekat di mana-mana sahaja.
“Aku melihat, seolah-olah duit rasuah bertebaran berselerakan seperti sampah sarap ditiup angin, debu dan selut rasuah melekat di mana-mana.
Negara ku sudah kemana arahnya. Agama jadi hiasan di kepala saja. Hati sudah hitam.”-Normala Samsudin
Ada betulnya apa yang diperkatakan oleh Puan Sri Normala itu..Apa pendapat anda?