Konsert keempat Vokal Mania yang berlangsung pada malam Sabtu lalu, diakhiri dengan kejayaan Danial Chuer sebagai pemenang Rookie Star Award. Selain itu, dengan penilaian juri Tetap Vokal Mania iaitu Yusry Abdul Halim dan Misha Omar, Danial berjaya menentang Indah Ruhaila menerusi persembahan solonya, ‘Ku Bersuara’ dan persembahan ‘battle’ mereka dengan lagu, ‘Shallow’.
Tidak Puas Hati Aedy Kama Kalah
Bagaimanapun, di media sosial terdapat pula segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila juri membuat keputusan untuk memberi kemenangan terhadap ‘Idol’ Lan Solo yang bersaing dengan Aedy Kama. Pada hemat mereka, Aedy telah melakukan persembahan yang cukup baik apatah lagi turut memberikan saingan hebat buat Lan yang jauh lebih berpengalaman daripadanya.
Yusry Beri Penjelasan
Tampil memberi penjelasan, menurut Yusry Aedy yang telah membawa lagu ‘Nur Nilam Sari’ dalam versi Pop Punk secara solo dan persembahan ‘battle’ dengan persembahan lagu ‘Doktor Cinta’, dilihat kurang menunjukkan dinamik persembahannya apabila menyanyi dengan mengabaikan not rendah.
Sebaliknya, Aedy dikatakan terus pergi ke not tinggi dari mula persembahan sehingga akhir sekaligus menyebabkannya kehilangan markah dari segi penguasaan dinamik persembahan lagu.
“Para penonton diluar sana mungkin tidak tahu bahawa ‘arrangement’ lagu duet mereka ini telah diubah mengikut kesesuaian Idol. Ini kerana, Rookie juga tidak tahu bahawa mereka juga boleh menukar bahagian mereka mengikut kesesuaian vokal mereka. Jadi setakat ini (minggu keempat) Rookie sentiasa berada di tempat yang berisiko kerana menyanyi mengikut ‘arrangement’ Idol.”, kata Yusry
Selain itu,Fatin Afeefa yang juga merupakan seorang pelakon merupakan salah satu persembahan yang dinantikan penonton, gagal menewaskan Tomok kerana kurang menghayati lirik.
Vokal Mania yang bersiaran pada setiap Sabtu jam 9 malam di TV3 ini sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (Rookie) akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (Idol) dan berpengalaman. Setiap persembahan penyanyi (profesional dan amatur) akan dinilai 100% oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.