Sebelum ini, adik kepada Neelofa yang juga selebriti media sosial terkenal, Ameera Khan telah menyahaktifkan akaun Instagram nya buat seketika.
Kembali Dengan Kejutan
Kini Ameera atau juga dikenali sebagai Little Miss Khan kembali di platform tersebut dengan memuatnaik beberapa gambarnya yang terbaharu. Namun begitu, disebalik kemunculan semula nya, Ameera telah membuat satu pengakuan yang mengejutkan.
Mengaku Sudah Kahwin
Menerusi pertanyaan dari pengikutnya mengenai perihal adakah benar dia sudah berkahwin di di kota London, Ameera mengiyakan persoalan tersebut dengan memberi jawapan ringkas kepadanya.
“Ada orang memberitahu saya bahawa kamu sudah berkahwin di London?”
“Ya”, jawabnya ringkas
Sejurus selepas itu, segelintir pengikutnya turut bertanyakan soalan yang hampir sama bagi mendapatkan kepastian namun Ameera hanya membalas dengan ’emoji’ senyuman.
Biarpun tidak mengesahkan status terkninya bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Idzham, rata-rta pengikut Ameera membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah buatnya.