Sejak kebelakangan ini, sindiket e-lacur sedang hangat diperkatakan. Manakan tidak, menawarkan perkhidmatan pelacuran diatas talian, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini turut mempergunakan wajah-wajah individu tertentu bagi memperdayakan pelanggan-pelanggan mereka.
Adibah Noor Dipergunakan Jadi ‘Sugar Mummy’
Tidak terkecuali, selebriti terkenal Adibah Noor turut menjadi mangsa! Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang warga net dilaman Twitter, dia telah mendedahkan bahawa terdapat sebuah pihak bertanggungjawab telah menggunakan wajah penyanyi itu kononnya dia adalah seorang ejen yang ‘sah’. Selain itu, dia turut menggunakan nama samaran sebagai Zafirah Mold yang berpusat di Kota Kinabalu, Sabah.
Mohon Buat Laporan
Bengang kerana gambar tersebut dipergunakan, Adibah turut memohon kepada pengikutnya agar membuat laporan atas akaun tersebut. Malah Adibah bertegas dimana dia sama sekali tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral itu. Berterima kasih atas perkongsian yang dibuat warganet itu, rata-rata pengikut Adibah turut bersimpati atas kes tersebut selain turut membuat laporan seperti yang dipinta Adibah sebelum ini.