Selain menjadi projek penutup 22 filem Marvel Cinematic Universe, rupanya “Avengers: Endgame“ juga disahkan bakal memberikan tribute untuk mendiang Stan Lee. Hal ini disahkan terus oleh co-sutradara Joe Russo dalam tour media untuk mempromosikan “Avengers: Endgame” di India.
Dipetik dari Screen Rant pada Rabu (3/4), Joe Russo juga mengungkapkan bahawa “Avengers: Endgame” mungkin menjadi cameo terakhir untuk Stan Lee.
“Aku tidak akan berdiri di sini tanpanya,” ungkap Joe. “Aku percaya bahawa cameo terakhirnya ada di ‘Endgame’.”
“Aku membesar dari buku-buku komik ini. Stan Lee adalah idolaku ketika aku masih kecil dan memiliki kesempatan untuk tidak hanya mengerjakan materi yang dia ciptakan tetapi untuk bekerja dengannya adalah mimpi masa kecil yang menjadi kenyataan,” ulasnya.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, legenda dan pencipta Marvel, Stan Lee, meninggal dunia di usia 95 tahun. Penulis, editor, penerbit, produser dan aktor dari Amerika tersebut dilarikan ke Cedars-Sinai Medical Center di mana dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 12 November 2018 lalu.
Selepas bersara dari membuat komik di usia 40 tahun, Stan Lee juga tetap wujud tampil sebagai cameo di beberapa buah filem Marvel, mulai dari “Iron Man“, “Avengers: Infinity War“, hingga yang terbaru, “Captain Marvel“. Bahkan, kehadiran Stan Lee menjadi yang paling ditunggu oleh ramai peminat.