Di Indonesia, heboh orang memperkatakan kisah ayah angkat pelakon dan penyanyi Syahrini iaitu dikenali dengan nama Laurens. Masih samar-samar apakah hubungan mereka berdua ini sehinggakan ramai yang membuat spekulasi liar.
Lebih mengejutkan, Lauren mengumumkan bahawa dia akan memberitahu semuanya melalui saluran YouTube barunya Lio HK. Pada muat naik pertama pada hari Sabtu, 9 Mei 2020, jejaka berasal dari Jerman itu menunjukkan video waktunya bersama Syahrini di salah sebuah restoran.
Dalam video berdurasi hampir 2 minit itu, Syahrini jelas menyanyi sambil bersandar di bahu Lauren. Kedua-dua mereka kelihatan gembira dengan rakan mereka yang lain. Video tersebut dirakam oleh Syahrini.
Kemudian di Instagram, Laurens meminta netizen untuk melanggan saluran YouTube barunya agar mereka dapat menyertai siaran langsung dan memberitahu tentang kedekatannya dengan Syahrini.
Malah pelakon Nikita Mirzani juga membalas. Ibu kepada tiga anak itu kelihatan tidak sabar untuk mendedahkan kehidupan masa lalu Syahrini.
Sebelum ini, Laurens yang tinggal di Belanda mengatakan bahawa Syahrini adalah seorang wanita mendekati dirinya dengan tujuan tertentu. Dia menolak khabar angin di Indonesia bahawa dia dan Syahrini mempunyai hubungan lebin dari anak angakat. Laurens mengatakan Syahrini terus meminta pertolongannya untuk memenuhi cita-citanya.