21.7 C
Malaysia
Sunday, September 15, 2024

Latest Posts

Ada Lagi Satu Kertas Siasatan Terhadap Ebit Lew? Ini Jawapan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman!

Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil memberi laporan mengenai perkembangan kes yang melibatkan pendakwah bebas terkenal tanah air, Ebit Lew.

Kertas Siasatan Sedang Disiapkan

Dipetik dari laporan Harian Metro, satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Lew kini sedang disiapkan.

“Belum pasti bila akan didakwa, masih disiapkan siasatan lagi.”-Datuk Seri Abdul Jalil

Siasatan Sedang Dijalankan

via BERNAMA

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman melaporkan bahawa pihak polis masih mengesan saksi dan tidak mahu mengulas lanjut kes gangguan seksual yang melibatkan Ebit Lew kerana ia masih dalam siasatan.

“Polis juga sedang mengemas kini kertas siasatan berhubung kes ini daripada laporan-laporan yang lama dan saya enggan mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan.”-Kata Datuk Seri Abdul Jalil

Ebit Lew sebelum ini mengaku tidak bersalah di atas 11 pertuduhan berkait gangguan seksual di Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.